LATARBELAKANG MASJID SULTAN YAHYA PETRA

 

Sultan Yahya Petra merupakan masjid kepala jajahan bagi jajahan Machang.

 

Sebelum terbinanya Masjid Sultan Yahya Petra, masyarakat di pekan machang pada ketika itu bermukim di bawah mukim Masjid Bandar Lama Machang yang telah dibina pada tahun 1920 dengan binaan kayu. Masjid Bandar Lama Machang ini dibina di Pangkal Changgong yang merupakan bandar lama Machang yang menjadi kawasan penempatan awal masyarakat di  sini. Imam pertama yang ditugaskan di masjid ini adalah Hj Wan Nik Bin Wan Samad.

 

Oleh kerana populasi kepadatan penduduk pada ketika itu semakin bertambah dan menyebabkan Masjid Bandar Lama tidak dapat menampung kehadiran jemaah pada satu-satu waktu, maka pada tahun 1950 sebuah masjid lain telah dibina dilokasi lain di bandar Machang  dan berdekatan dengan pusat pentadbiran serta pusat bandar bagi jajahan Machang.

 

 

Gambar masjid lama Machang

 

 

Penduduk yang semakin bertambah tentulah memerlukan sebuah masjid yang lebih besar. Maka perancangan telah dibuat untuk menggantikan masjid yang lama dengan masjid yang baru yang lebih besar untuk penduduk Machang.

 

Kemuncaknya, pada 25 Februari 1968, perletakan batu asas oleh YAB Tun Abdul Razak b. Husein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar.

 

Masjid baru ini dibina di atas tanah seluas 2 ekar dengan berukuran 270m panjang dan 170m lebar. Ia dapat menampung seramai 2300 jemaah dalam tempoh semasa. Pada 10 April 1969, MSYPM telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang DiPertuan Agong, Almarhum  Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim dan diberi nama MASJID SULTAN YAHYA PETRA.